RSS

Mujahadah li nafsih


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani


Nak berkongsi sesuatu yang sangat menarik dari sebuah buku Rintangan Pejuangan dalam Kehidupan Pendakwah dari Fathi Yakan.

Salah satu rintangan yang kerap dihadapi seorang muslim lebih-lebih lagi para da'ie ialah:

NAFSU YANG SENTIASA BERTARUNG DENGANNYA


Dalam  Al Quran sendiri ada menceritakan betapa nafsu adalah sesuatu dorongan yang mengajak kepada kepada keburukan dan ia bukan la mudah untuk dilawan.

"Aku tidak membebaskan diriku ( dari beban dosa) kerana nafsu sering menyuruh yang buruk, kecuali orang yang dirahmati oleh Tuhanku. Sesunguhnya Tuhanku Maha Pengampun Maha Penyayang."
(surah Yusuf : 51)

Jadinya bagaimana nak membebaskan diri dari nafsu ni?

MUJAHADAH LI NAFSIH -->  Mujahadah melawan nafsu

Ada satu pesanan yang sangat nak kita semua aplikasikan dari Yahya b Mu'az iaitu :

" Berjihadlah melawan nafsu dengan RIADAH"

So apa tu riadah? bersukan ke macam yang kita faham selalu tu?

Latihan riadah yang dimaksudkan tu ada empat:

1. Sedikit makan


2. Sedikit tidur


3. Bercakap sekadar perlu


4. Sabar menanggung gangguan orang lain.

Sekarang ni  macam mana dari empat riadah ni dapat mematikan nafsu kita?


1. Dengan kurang makan matilah keserakahan syahwat.
 Rasulullah pun berpesan nak menundukkan nafsu syahwat ialah dengan berpuasa. siapa yang berkeinginan untuk kahwin tapi tak mampu, Rasulullah suruh puasa kan..

2. Dengan kurang tidur kemahuan menjadi bersih jernih.
Kan bila kita tidur berlebihan kita akan jadi malas. Homework tak siap, study pun tak, badan pun jadi lemau je dan teruk lagi sampai nak solat pun malas. oh!! itu kita melayan kemahuan² kita lah tu..konon nya  menunaikan hak badan. alasanossss!!


3. Bila kita kurang bercakap, badan akan selamat. 
Macam pelik, tapi cuba kita fikir sejenak. Kerana mulut badan binasa. kalau kita bercakap sampai menimbulkan ketegangan, orang pun benci kita..kita pun tak tenteram. asyik bengang je! stress! kan hidup kita da tak sejahtera

4. Dan sabar menanggung gangguan memungkinkan sampai kepada matlamat yang dituju.
Sabar. satu perkataan yang simple je tapi paling susah untuk buat. Tapi, itulah kunci kejayaan. dengan sabar semua benda selesai. orang buat apa pun kita sabar je. senyum je. kalau rasa marah dengan seseorang pun daripada kita  nak marah², emo, baik kita sabar. kalau kita marah pun nanti kita jugak yang panas balik kan. Sabar dalam islam memang no limit. borderless..bukannya "eh sabar-sabar jugak. tapi kesabaran pun ada tahapnya. ni dah tak tahan ni. dah lama sangat bersabar ni.." huhu. gedebush simbah air kejap.


Sekarang ni dah tahu kan empat² aktiviti riadah mujadah li nafsih . Apa tunggu lagi? takkan baca je??

Allez!!!

Bermujahadahlah!!!!





Nikmat kesihatan..Bersyukurlah dengan kurniaan-Nya
 
Copyright 2009 QAWIYUL JISMI All rights reserved.
Blogger Templates created by Deluxe Templates
Wordpress Theme by EZwpthemes