Apa khabar jasadi dai'e semua?? Kalau ok, alhamdulillah.Syukur kepada Allah S.W.T kerana masih memberi kita peluang atau pun nikmat kesihatan untuk meneruskan kerja-kerja kita di muka Bumi-Nya ini.
Macam mana dengan mutabaah amal jasadi semua untuk minggu ini? Harapnya still tip top walaupun kita sentiasa sibuk dengan urusan ijazah dan juga risalah.
Sebenarnya baru terbaca satu artikel tadi pasal senaman. Mesti ada yang rasa senaman ni nampak jeh senang nk buat tapi nk memulakannya memanglah payah. Biasa lah tuh..kalau kita x terbiasa lg dengan senaman² ni semua. Kita belajar pon jurusan kejuruteraan bukan jurusan kesihatan, kan??
Tapi..sebenarnya macam kita semua tahu, sebelum memulakan satu benda yang berat, kita kenalah mulakan dari perkara yang ringan², betul x? contohnya, kalau belajar pon, kena belajar ABC dulu, baru boleh belajar sains, matematik dan sebagainya..
Jadi, sebelum kita nak biasakan diri kita dengan senaman yang berat², kita mulakan dulu dengan senaman yang ringan..Contohnya, taichi ke, jogging setempat ke, skipping ke, dan macam-macam lagi..So, macam mane?? dah ada idea sikit² nk buat senaman ape nanti?? Untuk senaman² ringan ni, kita buat dalam 20 minit sehari, 3 kali seminggu pon dah cukup untuk permulaan ni..
Lagi satu kan, senaman² ni pon boleh mengelakkan diri kita dari terkena penyakit diabetis..ye la kan..sekarang ni sebagai pelajar, mesti suka jeh nak makan..tension belajar kita makan, bosan belajar kita makan, sambil belajar pon kita makan..ish2..so, bila dah banyak makan, kita pon kenalah banyak bergerak..MANGEZ ET BOUGEZ!!
ok2. xnak sambung panjang2 dah, nk share sikit video tentang contoh senaman ringan yang boleh kita amalkan. senaman ni memang sangat ringan dan mudah dilakukan dimana-mana..Selamat Beramal!!
"Dari Abi Hurairah Radiallahuanhu, katanya: Telah bersabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam: Seorang mukmin yang kuat itu lebih baik dan lebih disukai oleh Allah Subhanahu Wataala berbanding seorang mukmin yang lemah. Dan dalam semua perkara kebaikan, rebutlah mana-mana yang mendatangkan manfaat kepadamu dan mintalah pertolongan kepada Allah dan janganlah kamu merasa lemah."