RSS

Do it the fun way..

Assalamualaikum wbt,

Kaifa halukum? Bi khoir?

Harap semua kekal sihat dan dalam lindungan Allah. InsyaAllah.

Macam mana dengan idea 30 days toward a healthier dai'e? dah cuba aplikasi?dah cuba berjalan sekurang² nya 30 minit sehari. senang je tu jalan kaki 15 min pagi sebelum ke kelas 15 minit time balik kelas. betul tak?

Jom cuba satu lagi cara, iaitu kita sama² ban naik lif. walaupun ada lif kat appartment kita tu, kita cuba naik tangga tiap hari. walaupun 5 tingkat sekali pun. hehe. naik tangga everytime kat sekolah, kat tempat kerja,  ke library, di train station, di supermarché, di mana² sahaja tempat yang dilalui yang ada tangga.

InsyaAllah lepas ni kaki² kita semua mesti muscled, kuat, takde dah lemak² yang tak perlu tu, dan dan dan dapat menguatkan stamina serta membantu pernafasan..tak yah nak ke gym naik steppers..

Jom kita tengok video ni. menarik untuk encourage kita naik tangga. tak caya? watch this first.



Menarik kan? nampak sangat kita ni boleh je, cuma kena ada something untuk booster kita. So next time maybe kita bleh naik tangga sambil berzikir. Subahanallah. Alhamdulillah. Allahu Akbar. Dapat double bonus. Ye dak?
  

Jadi, antum antunna berani sahut cabaran ni?



"One small step for a man, one giant leap for mankind"  
Neil Armstrong

Seimbangkan Semua

Satu info yang dirasakan memberi manfaat untuk semua :-



PEMBERSIHAN:- Mengeluarkan segala toksin bahaya untuk menjadikan tubuh sentiasa bersih dan sihat selalu.

PENGIMBANGAN:- Memastikan zat makanan yang seimbang dan mencukupi untuk tubuh badan.


PENGAKTIFAN
:- Memastikan zat makanan yang seimbang bagi membolehkan sel-sel tubuh menjadi normal.


PERTAHANAN
:- Proses penggalakan dan pembersihan diulangi selama 6 bulan akan menjadikan tubuh kita sihat dan kuat.



6 Faktor utama yang mempengaruhi kesihatan :-
1)UDARA
2)AIR
3)MAKANAN & MINUMAN
4)TIDUR
5)SENAMAN
6)EMOSI


semoga kita sentiasa dianugerahkan kesihatan yang baik..

p/s:- Kesihatan yang baik adalah nikmat paling berharga dari Allah untuk hamba-Nya dalam melaksanakan tanggungjawab kepada-Nya..

30 days from becoming a healthier daie with this simple 2 step-strategy =)



Cuba 2 langkah selama tiga puluh hari, ana pasti anta akan merasakan perbezaannya =)

ps: jgn lupa, daie yg sihat ialah daie yg menghasilkan kerja² dakwah yg muntij! =p

Ahlan Wasahlan



bismillah Pictures, Images and Photos
  • Fuh fuh letih, semput..baru naik 4 tingkat dah kepenatan ni..macam mana kalau nak pergi berjihad ni.takde stamina langsung..Huhu

  • Eh kenapa lah mengantuk sangat kelas ni. Rasa nak tidur je cikgu ni ajar. Tak cukup tidur ke ? tak jugak semalam dah tidur 6 jam dah tapi kenapa tak dapat fokus ? Huhu
sleepy and tired Pictures, Images and Photos
  • Eh sejuk nya rasa macam nak demam je. Macam mana nak survive winter ni ? Batuk selsema dah sebati dah dalam jiwa dah ni. Huhu..

  • Teringinnya nak makan benda manis!!! sweet tooth dah menyerang ni.. tak kira nak jugak nak jugak!!pekena tiramisu mesti best nih!!

  • Eh, weekend ni jom kita main game apa² dah lama peluh tak keluar ni. Boleh kuatkan badan sambil kuatkan ukhuwah. Jom main bola lah...Ha bola lagi ke? Kaki bangku la!!
weird sasuke dancing Pictures, Images and Photos
…………………………………………..

Kita da’ie perlu ada kekuatan mental dan fizikal. Di sinilah kita akan sama-sama berkongsi idea , useful tips n infos, reminder, dan macam² lagi demi melahirkan mujahid² yang sihat lagi perkasa.






To start, kat sini kami listkan ciri-ciri yang kita cuba nak bina. Matlamat kita tentulah untuk membina individu-individu muslim yang sihat tubuh badan nya. 



Qawiyul Jismi – tubuh badan yang kuat


  Kick Start Level 

1.  Bersih badan
2.  Bersih pakaian
3.  Bersih tempat tinggal
4.  Komitmen adab makan dan minum sesuai dgn sunnah
5.  Tidak berjaga malam berlebihan
6.  Komitmen dengan senaman 2 jam seminggu
7.  Bangun sebelum fajar
8.  Mematuhi kaedah membaca dari aspek kesihatan
9.  Meninggalkan tabiat merokok
10.Menghindari tempat-tempat kotor
11.Menghindari tempat-tempat berpenyakit


                           
Dah capai semua belum? Kalau belum jom kita berusaha untuk penuhi semua ciri-ciri permulaan. Ni ciri-ciri yang paling minimum kita kena capai. Kalau semua dah dicapai , boleh pulak berusaha to move forward to next level.  

 First Upper Level 


1. Patuhi nasihat kesihatan dalam makan dan minum
2. Membasuh peralatan makan dan minum
3. Jauhi makanan yang diawet dan utamakan minuman yang sihat
4. Mengatur jadual makan
5. Mampu menyediakan makanan (masak)
6. Kurangkan pengambilan lemak
7. Tidak keterlaluan dalam pengambilan garam
8. Tidak keterlaluan dalam pengambilan gula
9. Memilih syarikat pengeluar makanan
10. Patuhi nasihat kesihatan dalam masalah tidur dan jaga
11. Tidur 6-7 jam sehari dan bangun sebelum fajar
12. Bersenam 10-15 minit sehari
13. Berjalan kaki 2-3 jam sebulan
14. Merawat diri jika sakit




Kalau dah complete semua. Alhamdulillah. Tahniah kerana berjaya menepati ciri-ciri Mujahid yang Qawiy jismi nya. =) Kalau belum , kenalah kita bermujahadah lagi. ^_^
Dan kami ada bersama-sama untuk membantu.. You are not alone ... 


Nikmat kesihatan..Bersyukurlah dengan kurniaan-Nya
 
Copyright 2009 QAWIYUL JISMI All rights reserved.
Blogger Templates created by Deluxe Templates
Wordpress Theme by EZwpthemes