RSS
Showing posts with label introduction. Show all posts
Showing posts with label introduction. Show all posts

Ahlan Wasahlan



bismillah Pictures, Images and Photos
  • Fuh fuh letih, semput..baru naik 4 tingkat dah kepenatan ni..macam mana kalau nak pergi berjihad ni.takde stamina langsung..Huhu

  • Eh kenapa lah mengantuk sangat kelas ni. Rasa nak tidur je cikgu ni ajar. Tak cukup tidur ke ? tak jugak semalam dah tidur 6 jam dah tapi kenapa tak dapat fokus ? Huhu
sleepy and tired Pictures, Images and Photos
  • Eh sejuk nya rasa macam nak demam je. Macam mana nak survive winter ni ? Batuk selsema dah sebati dah dalam jiwa dah ni. Huhu..

  • Teringinnya nak makan benda manis!!! sweet tooth dah menyerang ni.. tak kira nak jugak nak jugak!!pekena tiramisu mesti best nih!!

  • Eh, weekend ni jom kita main game apa² dah lama peluh tak keluar ni. Boleh kuatkan badan sambil kuatkan ukhuwah. Jom main bola lah...Ha bola lagi ke? Kaki bangku la!!
weird sasuke dancing Pictures, Images and Photos
…………………………………………..

Kita da’ie perlu ada kekuatan mental dan fizikal. Di sinilah kita akan sama-sama berkongsi idea , useful tips n infos, reminder, dan macam² lagi demi melahirkan mujahid² yang sihat lagi perkasa.






To start, kat sini kami listkan ciri-ciri yang kita cuba nak bina. Matlamat kita tentulah untuk membina individu-individu muslim yang sihat tubuh badan nya. 



Qawiyul Jismi – tubuh badan yang kuat


  Kick Start Level 

1.  Bersih badan
2.  Bersih pakaian
3.  Bersih tempat tinggal
4.  Komitmen adab makan dan minum sesuai dgn sunnah
5.  Tidak berjaga malam berlebihan
6.  Komitmen dengan senaman 2 jam seminggu
7.  Bangun sebelum fajar
8.  Mematuhi kaedah membaca dari aspek kesihatan
9.  Meninggalkan tabiat merokok
10.Menghindari tempat-tempat kotor
11.Menghindari tempat-tempat berpenyakit


                           
Dah capai semua belum? Kalau belum jom kita berusaha untuk penuhi semua ciri-ciri permulaan. Ni ciri-ciri yang paling minimum kita kena capai. Kalau semua dah dicapai , boleh pulak berusaha to move forward to next level.  

 First Upper Level 


1. Patuhi nasihat kesihatan dalam makan dan minum
2. Membasuh peralatan makan dan minum
3. Jauhi makanan yang diawet dan utamakan minuman yang sihat
4. Mengatur jadual makan
5. Mampu menyediakan makanan (masak)
6. Kurangkan pengambilan lemak
7. Tidak keterlaluan dalam pengambilan garam
8. Tidak keterlaluan dalam pengambilan gula
9. Memilih syarikat pengeluar makanan
10. Patuhi nasihat kesihatan dalam masalah tidur dan jaga
11. Tidur 6-7 jam sehari dan bangun sebelum fajar
12. Bersenam 10-15 minit sehari
13. Berjalan kaki 2-3 jam sebulan
14. Merawat diri jika sakit




Kalau dah complete semua. Alhamdulillah. Tahniah kerana berjaya menepati ciri-ciri Mujahid yang Qawiy jismi nya. =) Kalau belum , kenalah kita bermujahadah lagi. ^_^
Dan kami ada bersama-sama untuk membantu.. You are not alone ... 


Nikmat kesihatan..Bersyukurlah dengan kurniaan-Nya
 
Copyright 2009 QAWIYUL JISMI All rights reserved.
Blogger Templates created by Deluxe Templates
Wordpress Theme by EZwpthemes