ada yang tengah sakit² ke? demam ke? batuk ke? tadi masa tengah tengok² video kat youtube, jumpa video ni..mungkin ada kaitan dengan pelajar² khususnya di France..kebanyakan pelajar² kt France ni kurang gemar ke klinik atau hospital kalau sakit..alasan mereka kerana leceh nak buat appointment dan sebagainya..tapi kenapa kena pergi klinik atau hospital? kalau kita jaga pemakanan..selalu melakukan senaman seperti mana yang telah disarankan dalam post² sebelum ini, tentu kita tidak perlu pergi ke klinik dan hospital kan? tapi itu semua dugaan ALLAH..sakit tu sebenarnya satu nikmat..sakit boleh membantu kita menghapuskan dosa² kecil..
Hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhu bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda yang bermaksud:
“Seorang muslim itu tidak ditimpa sesesuatu dari keletihan, penyakit, masalah (kebingungan), kesedihan (kerana kehilangan sesuatu), kesengsaraan dan duka cita sehinggakan (kepada) duri yang menusuknya (menyakitinya), kecuali Allah menghapuskan (mengampunkan) dengan semua itu daripada dosa-dosanya.”
(Hadis riwayat al-Bukhari)
jadi bersyukurlah kalau kita sakit..tapi kan..hmm banyak la pulak tapi..xpe2..sebagai pelajar di France ni kita kena sangatlah bersyukur kerana kita diletakkan di sebuah negara yang sangat mementingkan kesihatan rakyatnya..bayangkan, kita boleh mendapat rawatan yang hampir percuma di klinik² atau di hospital² di France..jadi kalau kita tiba² sakit, cepat²lah ke klinik atau hospital berdekatan ye supaya kita dapat meneruskan tanggungjawab kita dengan lebih efisyen dan cergas!!..insyaAllah, dengan izin Allah, semua akan kembali pulih..jom tengok video kat bawah ni..
p/s : kepada sesiapa yang sedang sakit di luar sana, anda disarankan untuk segera ke klinik atau hospital berdekatan..tapi bagi sesiapa yang memang x sempat sangat pergi ke klinik mahupun hospital mungkin sebab masalah masa, satu perkara yg boleh saya sarankn, jaga pemakanan!! makan banyak buah-buahan dan sayur-sayuran..dengan izin ALLAH..
“Tiadalah seseorang mukmin yang tertusuk duri atau lebih dari itu melainkan Allah mengangkat satu darjat (dengan tertusuk duri itu) atau menghapuskan daripadanya satu kesalahan.”
(Hadis riwayat Muslim)
2 Pendapat:
video pets tu sangat comel..sweet n meaningful.tersenyum sorang².thank you for making my day..=)
bagus²..mmg itulah kerja kami..
Post a Comment