RSS

snek!

salam w.b.t..

apa khabar semua? mesti ramai tengah sibuk dengan exams yang datang bertimbun-timbun kan? ke tak? xpe²..ada exam ke xde ke, kesihatan still kena maintain kan? ada sesetengah antara kita suka jeh nak makan snek kalau dah lama sangat belajar kan? boleh jeh kita nak ambil snek² tu semua..tapi apa jenis snek yang kita makan?...bila tengok video² kat youtube tadi, banyak je jenis snek yang sihat...contohnya buah-buahan segar, buah-buahan kering, sayur-sayuran seperti karot dan macam-macam lagi....saya nak suggest beberapa jenis buah-buahan yang sedap dibuat snek..
1) buah prun
2) buah zaitun (kebanyakan orang x suka makan buah ni)
3) buah tin
dan baaaaaaanyak lagi....
banyak kelebihan yang kita dapat kalau ambil snek yang sihat macam ni..bukan sahaja rasa yang lagi sedap tapi dapat juga jaga kesihatan kita kan?? kan?? kalau nak tahu kelebihan certain buah-buahan atau sayur-sayuran, boleh tengok video kat bawah ni..

Sabda Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam:
Makanlah kamu semua dan makan darinya (Buah Tiin), sabda Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam lagi. “Sekiranya aku katakan sesungguhnya buah yang turun dari syurga maka aku kata ‘Inilah buahnya’. Ini kerana buah syurga tiada keraguan. Sesungguhnya ia boleh menyembuhkan penyakit buasir dan mendatangkan manfaat bagi sendi-sendi.”



proud to be a bee


Salam alaykum wbt,


Dari dulu nak share pasal ni tapi tak terzahir di sini. InsyaAllah kali nak share satu makanan/minuman kesukaan Rasulullah saw..ye Madu..


"Dan Tuhanmu mewahyukan kepada lebah "Buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di pohon-pohon kayu dan di tempat yang dibuat manusia."Kemudian makanlah dari tiap-tiap (macam) buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan (bagimu). Dari perut lebah itu keluar minuman (MADU) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Tuhan) bagi orang-orang yang memikirkannya.

(Surah an-Nahl: ayat 68 - 69) 

Sangat jelas dalam al Quran Allah berfirman madu sebagai as syifa' penawar bagi penyakit.  Jadi bila kita sakit, makan lah madu.  Tapi sakit apa? semua penyakit.tak percaya? cubala dulu..InsyaAllah dengan izin Allah sembuh. 

Hadith berkaitan madu juga banyak antaranya; 



Dari Abu hurairah r.a Rasulullah saw bersabda:

"Barangsiapa yang menjilat MADU 3 kali dalam sebulan di waktu pagi dia tidak akan diserangi penyakit yang serius."
(Sunan Ibni Majah) 



Madu boleh dimakan begitu saja, boleh dibuat minuman, dalam masakan. Baik untuk sembuhkan luka juga. Bagi yang baru lepas operation minum madu ye..




Seorang ukhti ada berkata kepada saya, untuk sakit tekak dan batuk², baik letak madu + air suam + lemon..sedap juga dan mujarab insyaAllah..
sebelum ni yang saya sendiri selalu amalkan minum madu dengan susu. pun lazat juga..

Nak share satu pengalaman, ada this one time, one of my close family pitam pucat cause of dehydrated and tak makan. time tu memang dia dah lemah longlai dan saya yang berada kat situ Allah memberi ilham untuk bagi makan madu. (ni first time berhadapan kes camni, semorang panik time tu, cuba bagi minum air, kipas²,try bagi makan kurma yang hancur,tapi takde effect,  sebab tu kata ilham sebab tatau pun memberi kesan atau tidak dengan bagi madu, tawakaltu 'alAllah je)
Dan bila bagi makan sikit je pun madu tu, time tu rasa subahanallah amazing sangat effect madu tu, daripada half unconscious dan muka pucat takde darah, muka berubah kembali berdarah, dan  sedar. Madu tadi dengan izin dan kuasa Allah telah mengembalikan tenaga dengan sangat pantas. Mungkin kadar glukosa tinggi dan mudah hadam jadi dapat diserap terus ke dalam sistem badan. (ni fakta sendiri, nanti kena cek balik)

Teringat juga pernah tengok satu dokumentari di tv di France tentang perubatan, doktor semakin ramai menganjurkan memakan madu sebagai salah satu cara perubatan. medecine alternative naturelle  kata mereka.

Jadinya, mari kita makan madu!!! at least 3 kali sebulan..banyak sangat khasiat dia..


Lepas ni boleh jadikan minuman kegemaran : air madu..^_^


Feeling tired and sluggish? Boost urself by drinking water (:

Assalamualaikum wbt
Ikhwah wa Akhwat,
For today's post, I'll start with a simple question.. hehe 
"What do you, the trees, and a hamster have in common?....."
Give up yet? =p


Answer: You all need water.



Without water, your body would stop working properly. Water makes up more than half of your body weight and a person can't survive for more than a few days without it.
Why? Your body has lots of important jobs and it needs water to do many of them. For instance, your blood, which contains a lot of water, carries oxygen to all the cells of your body. Without oxygen, those tiny cells would die and your body would stop working.
In addition to being an important part of the fluids in your body, each cell depends on water to function normally.
This one point cannot be emphasized enough - if you wait until you are thirsty, you are already dehydrated and this is affecting your cells.
Therefore, it's imperative that we drink lots of water, each day...



Next time you are feeling a lil bit tired, or a bit sluggish... 
why not try a glass of water for that power boost =)

Sejuk datang lagi...

Assalamualaikum w.b.t..

Grrr..sejuknya...alhamdulillah sekali Allah menunjukkan kekuasaan-Nya dengan menurunkan salji di kebanyakan kawasan di France..
kalau nak diikutkan musim sejuk belum pun bermula di France memandangkan tarikh official bermulanya musim sejuk di France adalah pada 21.12.2009..tapi itu semua hanya ramalan belaka..kuasa Allah..
hadiah sempena tahun  baru yang diberikan kepada hamba²-Nya ..


sejuk, sejuk juga..kesihatan kita kena maintain jugak ye..cuaca di France telah mula sejuk..dan biasalah..musim² sejuk ni mesti ramai jeh yang akan demam, selesema atau sebagainya..
jadi, nk ingatkan kat sini, kita kenalah jaga pemakanan kita..kalau keluar dari rumah untuk ke kelas tu, pakailah pakaian yang sepatutnya..insyaALLAH..kalau kita cegah awal², mesti penyakit pun dapat kita elakkan...tapi kalau Allah beri juga ujian kesakitan kepada kita, cepat² la makan ubat ye..x nak la melarat..nanti banyak lagi kerja² kita yang tertangguh kan?..
sebagai seorang da'ie, kita kena utamakan juga kesihatan diri kan..barulah dapat bekerja dengan lebih muntij..=)
kat sini ada satu video yang mungkin boleh mengingatkan kita untuk memakai pakaian sejuk yang sepatutnya sebelum keluar dari rumah terutamanya pada musim sejuk ini...

Rasulullah ada menyebut dalam satu hadis baginda yang bermaksud...

“Permintaan yang paling disukai Allah daripada hamba-Nya ialah meminta dianugerahkan kesihatan yang sempurna.”



Mission No More Perut Boroi

Salam 'alaikum ikhwah akhawati,

Hari tu, eh minggu² sudah, ada reader yang menceritakan masalah perut boroi..

Ana nak share arini satu video khas untuk tatapan kita semua bersama. Lepas tengok, bagi komen ye apa pendapat antum antunna..

Enjoice!



P/s: Hadith untuk hari ini:

Daripada Anas r.a. pula, katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda,

"Sesungguhnya Allah itu nescayalah redha pada seseorang hambaNya, jikalau ia makan sesuatu makanan lalu memuji kepada Allah kerana adanya makanan itu, atau minum suatu minuman lalu memuji padanya kerana adanya minuman itu."

(Riwayat Muslim)

sakit?

salam w.b.t

ada yang tengah sakit² ke? demam ke? batuk ke? tadi masa tengah tengok² video kat youtube, jumpa video ni..mungkin ada kaitan dengan pelajar² khususnya di France..kebanyakan pelajar² kt France ni kurang gemar ke klinik atau hospital kalau sakit..alasan mereka kerana leceh nak buat appointment dan sebagainya..tapi kenapa kena pergi klinik atau hospital? kalau kita jaga pemakanan..selalu melakukan senaman seperti mana yang telah disarankan dalam post² sebelum ini, tentu kita tidak perlu pergi ke klinik dan hospital kan? tapi itu semua dugaan ALLAH..sakit tu sebenarnya satu nikmat..sakit boleh membantu kita menghapuskan dosa² kecil..

Hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhu bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda yang bermaksud:

“Seorang muslim itu tidak ditimpa sesesuatu dari keletihan, penyakit, masalah (kebingungan), kesedihan (kerana kehilangan sesuatu), kesengsaraan dan duka cita sehinggakan (kepada) duri yang menusuknya (menyakitinya), kecuali Allah menghapuskan (mengampunkan) dengan semua itu daripada dosa-dosanya.”

(Hadis riwayat al-Bukhari)


jadi bersyukurlah kalau kita sakit..tapi kan..hmm banyak la pulak tapi..xpe2..sebagai pelajar di France ni kita kena sangatlah bersyukur kerana kita diletakkan di sebuah negara yang sangat mementingkan kesihatan rakyatnya..bayangkan, kita boleh mendapat rawatan yang hampir percuma di klinik² atau di hospital² di France..jadi kalau kita tiba² sakit, cepat²lah ke klinik atau hospital berdekatan ye supaya kita dapat meneruskan tanggungjawab kita dengan lebih efisyen dan cergas!!..insyaAllah, dengan izin Allah, semua akan kembali pulih..jom tengok video kat bawah ni..



p/s : kepada sesiapa yang sedang sakit di luar sana, anda disarankan untuk segera ke klinik atau hospital berdekatan..tapi bagi sesiapa yang memang x sempat sangat pergi ke klinik mahupun hospital mungkin sebab masalah masa, satu perkara yg boleh saya sarankn, jaga pemakanan!! makan banyak buah-buahan dan sayur-sayuran..dengan izin ALLAH..

“Tiadalah seseorang mukmin yang tertusuk duri atau lebih dari itu melainkan Allah mengangkat satu darjat (dengan tertusuk duri itu) atau menghapuskan daripadanya satu kesalahan.”

(Hadis riwayat Muslim)


tips lagi!!

salam w.b.t..

macam mana keadaan jasadi semua? Harap semuanya berada dalam keadaan tip-top!! Hari ni nak share video yang dapat membantu kita dalam meningkatkan mutu kesihatan kita..Tapi sebelum tu nak tanya..semua dapat tidur yang berpatutan x? bukan apa tanya ni..ye lah..sekarang ni kan musim exam..mesti ramai jeh yang belajar sampai lupa tanggungjawab terhadap diri sendiri..jangan tidur lewat² ye..sebagai seorang da'ie kita kena perlu melaksanakan tanggungjawab terhadap diri sendiri jugak supaya sentiasa sihat, cergas dan cerdas..dah macam moto jabatan kesihatan pulak..tidur yang berpatutan bukanlah bermaksud berlebihan atau terlalu kurang..tidurlah mengikut seperti yang disarankan untuk golongan dewasa iaitu sebanyak 8 jam sehari dan kita tidak perlu menjadi seperti bayi² comel yang memerlukan tidur lebih kurang 11-16 jam sehari..

kalau nak tidur yang lagi best, kita bangun buat qiamulail..insyaALLAH..kita akan rasa nikmat tidur, walaupun sekejap..
ok2!! kita tengok video kat bawah ni..

Nikmat kesihatan..Bersyukurlah dengan kurniaan-Nya
 
Copyright 2009 QAWIYUL JISMI All rights reserved.
Blogger Templates created by Deluxe Templates
Wordpress Theme by EZwpthemes