apa khabar semua?? harap Allah sentiasa memberikan kesihatan yang baik kepada para dai'e semua...hari ini just nak kongsi sikit info berkaitan kesihatan diri..ye lah..blog pon nama qawiyul jismi kan??..ehehehe sebelum tuh nak tanya satu hari, berapa kali kita minum susu??
mungkin ada antara kita x berapa suka minum susu..kebiasaan orang di Malaysia jarang minum susu..maksud saya, susu macam dutch lady semua tuh..tapi kalau minum kopi SUSU, teh SUSU, biasa jeh..ehehe..
rasanya semua pon tahu jeh kelebihan susu kan?? contohnya, susu boleh mengurangkan wanita terkena osteoporosis..(macam tema iklan anlene plak..ehehe)
kalau kat France ni, mungkin kita banyak jeh minum susu..kebanyakan susu yang dijual di pasaran tuh telah di tambah dengan vitamin D..apa pulak fungsi vitamin D ek??
- Vitamin D dan K - penting bagi pembentukan tulang.
- Iodin - mineral penting bagi fungsi tiroid (thyroid)
- Vitamin B12 dan Riboflavin - penting bagi kesihatan kardiovaskular dan penghasilan tenaga
- Biotin dan asid Pantothenik - vitamin B penting bagi penghasilan tenaga
- Vitamin A - penting bagi sistem imunisasi
- Potassium dan Magnesium - bagi kesihatan kardiovaskular
- Selenium - sedikit (trace)mineral penghalang-barah
- Thiamin - vitamin B-penting bagi fungsi kognitive, terutamanya daya ingatan
ada juga di kalangan manusia yang boleh dikategorikan sebagai ''tidak tahan laktosa''...antara simptom orang yang boleh dikategorikan dalam kategori ni ialah :-
1) kekejangan
2) kembung air
3) perut berangin
4) cirit-birit
tapi bagi sesiapa yang agak susah nak terima cik SUSU, mungkin kita boleh cuba minum susu yang berperisa seperti susu coklat, susu strawberi, dan macam-macam lagi....tapi kalau susah juga nak terima cik SUSU, kita boleh jeh minum susu soya..susu juga kan?? =p tapi kan kalau susah juga nak terima cik SUSU, cuba tengok gambar ni..sedap kan??
Rasulullah s.a.w meminum susu,malahan baginda memujinya kerana susu memiliki manfaat yang sangat besar dan tidak dapat disamakan dengan minuman atau makanan lainnya.
Dari Ibnu Abbas r.a,dia menceritakan:
"bersama Rasulullah s.a.w,aku dan Khalid bin Walid menemui Maimunah,lalu dia(Maimunah) membawakan kami satu benjana berisi susu,lalu baginda meminum sebahagian darinya.Pada waktu itu,aku berada di sebelah kanan baginda,sedangkan Khalid berada di sebelah kirinya.kemudian baginda berucap kepadaku,
'selanjutnya minuman ini gilirinmu,jika engkau berkenan,berikan kepada Khalid.
Kemudian baginda bersabda,
'Tidak ada makanan dan minuman yang menandingi susu."
(Hadist riwayat Ibnu Majah)
best kan? even Rasulullah menyatakan tiada makanan dan minuman yang menandingi susu...=p nak kongsi sikit lagi..bagi sesiapa yang belum pernah cuba resepi yang pernah ditulis dalam post madu sebelum ni, silah cuba..bagi sesiapa yang x ingat, resepi susu campur madu..sangat sedap lagi berkhasiat!! =p ok, saya tujukan pula lagu kat bawah ni untuk para dai'e semua..selamat minum susu!!