RSS

susu!

salam w.b.t...

apa khabar semua?? harap Allah sentiasa memberikan kesihatan yang baik kepada para dai'e semua...hari ini just nak kongsi sikit info berkaitan kesihatan diri..ye lah..blog pon nama qawiyul jismi kan??..ehehehe sebelum tuh nak tanya satu hari, berapa kali kita minum susu??

mungkin ada antara kita x berapa suka minum susu..kebiasaan orang di Malaysia jarang minum susu..maksud saya, susu macam dutch lady semua tuh..tapi kalau minum kopi SUSU, teh SUSU, biasa jeh..ehehe..

rasanya semua pon tahu jeh kelebihan susu kan?? contohnya, susu boleh mengurangkan wanita terkena osteoporosis..(macam tema iklan anlene plak..ehehe)



kalau kat France ni, mungkin kita banyak jeh minum susu..kebanyakan susu yang dijual di pasaran tuh telah di tambah dengan vitamin D..apa pulak fungsi vitamin D ek??

                                                                                                                            (wikipedia)

ada juga di kalangan manusia yang boleh dikategorikan sebagai ''tidak tahan laktosa''...antara simptom orang yang boleh dikategorikan dalam kategori ni ialah :-

1) kekejangan
2) kembung air
3) perut berangin
4) cirit-birit

tapi bagi sesiapa yang agak susah nak terima cik SUSU, mungkin kita boleh cuba minum susu yang berperisa seperti susu coklat, susu strawberi, dan macam-macam lagi....tapi kalau susah juga nak terima cik SUSU, kita boleh jeh minum susu soya..susu juga kan?? =p tapi kan kalau susah juga nak terima cik SUSU, cuba tengok gambar ni..sedap kan??



Rasulullah s.a.w meminum susu,malahan baginda memujinya kerana susu memiliki manfaat yang sangat besar dan tidak dapat disamakan dengan minuman atau makanan lainnya.

Dari Ibnu Abbas r.a,dia menceritakan:

"bersama Rasulullah s.a.w,aku dan Khalid bin Walid menemui Maimunah,lalu dia(Maimunah) membawakan kami satu benjana berisi susu,lalu baginda meminum sebahagian darinya.Pada waktu itu,aku berada di sebelah kanan baginda,sedangkan Khalid berada di sebelah kirinya.kemudian baginda berucap kepadaku,
'selanjutnya minuman ini gilirinmu,jika engkau berkenan,berikan kepada Khalid.
Kemudian baginda bersabda,
'Tidak ada makanan dan minuman yang menandingi susu."


(Hadist riwayat Ibnu Majah)

best kan? even Rasulullah menyatakan tiada makanan dan minuman yang menandingi susu...=p nak kongsi sikit lagi..bagi sesiapa yang belum pernah cuba resepi yang pernah ditulis dalam post madu sebelum ni, silah cuba..bagi sesiapa yang x ingat, resepi susu campur madu..sangat sedap lagi berkhasiat!! =p ok, saya tujukan pula lagu kat bawah ni untuk para dai'e semua..selamat minum susu!!

5 Pendapat:

yang inginkan syurga said...

Barakallahu fik atas perkongsian.tiba² arini terbaca ayat ini dalam Quran :

Sifat Syurga yang telah dijanjikan kepada orang-orang yang bertakwa (ialah seperti berikut): Ada padanya beberapa sungai dari air yang tidak berubah (rasa dan baunya) dan beberapa sungai dari SUSU yang tidak berubah rasanya, serta beberapa sungai dari khamar yang lazat bagi orang-orang yang meminumnya dan juga beberapa sungai dari madu yang suci bersih dan ada pula untuk mereka di sana segala jenis buah-buahan, serta keredaan dari Tuhan mereka. (Adakah orang-orang yang tinggal kekal di dalam Syurga yang sedemikian itu keadaannya) sama seperti orang-orang yang tinggal kekal di dalam Neraka dan diberi minum dari air yang menggelegak sehingga menjadikan isi perut mereka hancur? (Sudah tentu tidak sama)! (Muhammad:15)

Indahnya nikmat minuman di syurga nanti. dan dahsyatnya minuman yang sangat panas di neraka nanti. huhu. semoga kita sama-sama dimasukkan dalam ahli syurga. Amin

p/s: kebetulan memang xde dalam Islam, semuanya dirancang Allah ^_^

qismjasadi said...

insyaAllah...amin~

havraise said...

tak suka minum susu!!! cmne ni. =(((

qismjasadi said...

havraise: semua jenis susu ke x suke minum?

Anonymous said...

影音視訊聊天室 , 影音視訊聊天室 , 影音視訊聊天室 , 影音視訊聊天室 , 影音視訊聊天室 , 影音視訊聊天室 , 影音視訊聊天室 , 影音視訊聊天室 , 影音視訊聊天室 , 影音視訊聊天室

Nikmat kesihatan..Bersyukurlah dengan kurniaan-Nya
 
Copyright 2009 QAWIYUL JISMI All rights reserved.
Blogger Templates created by Deluxe Templates
Wordpress Theme by EZwpthemes