RSS

mangez bougez!!

Salam w.b.t.

Apa khabar jasadi dai'e semua?? Kalau ok, alhamdulillah.Syukur kepada Allah S.W.T kerana masih memberi kita peluang atau pun nikmat kesihatan untuk meneruskan kerja-kerja kita di muka Bumi-Nya ini.

Macam mana dengan mutabaah amal jasadi semua untuk minggu ini? Harapnya still tip top walaupun kita sentiasa sibuk dengan urusan ijazah dan juga risalah.

Sebenarnya baru terbaca satu artikel tadi pasal senaman. Mesti ada yang rasa senaman ni nampak jeh senang nk buat tapi nk memulakannya memanglah payah. Biasa lah tuh..kalau kita x terbiasa lg dengan senaman² ni semua. Kita belajar pon jurusan kejuruteraan bukan jurusan kesihatan, kan??

Tapi..sebenarnya macam kita semua tahu, sebelum memulakan satu benda yang berat, kita kenalah mulakan dari perkara yang ringan², betul x? contohnya, kalau belajar pon, kena belajar ABC dulu, baru boleh belajar sains, matematik dan sebagainya..

Jadi, sebelum kita nak biasakan diri kita dengan senaman yang berat², kita mulakan dulu dengan senaman yang ringan..Contohnya, taichi ke, jogging setempat ke, skipping ke, dan macam-macam lagi..So, macam mane?? dah ada idea sikit² nk buat senaman ape nanti?? Untuk senaman² ringan ni, kita buat dalam 20 minit sehari, 3 kali seminggu pon dah cukup untuk permulaan ni..

Lagi satu kan, senaman² ni pon boleh mengelakkan diri kita dari terkena penyakit diabetis..ye la kan..sekarang ni sebagai pelajar, mesti suka jeh nak makan..tension belajar kita makan, bosan belajar kita makan, sambil belajar pon kita makan..ish2..so, bila dah banyak makan, kita pon kenalah banyak bergerak..MANGEZ ET BOUGEZ!!

ok2. xnak sambung panjang2 dah, nk share sikit video tentang contoh senaman ringan yang boleh kita amalkan. senaman ni memang sangat ringan dan mudah dilakukan dimana-mana..Selamat Beramal!!

"Dari Abi Hurairah Radiallahuanhu, katanya: Telah bersabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam: Seorang mukmin yang kuat itu lebih baik dan lebih disukai oleh Allah Subhanahu Wataala berbanding seorang mukmin yang lemah. Dan dalam semua perkara kebaikan, rebutlah mana-mana yang mendatangkan manfaat kepadamu dan mintalah pertolongan kepada Allah dan janganlah kamu merasa lemah."



ais!

salam w.b.t..

apa khabar jasadi semua?? harap sentiasa dlm keadaan tip top ek..macam mana dgn keadaan semua bila masa musim baru ni?? dalam kita menikmati kecantikan musim bunga ni, sebenarnya ramai jeh sahabat kita yg tgh sakit² manja sekarang mungkin kerana allergic kepada pollen bunga..so, sesiapa yg sakit tuh, cepat² pergi klinik ye..da'ie kena sihat untuk sentiasa cergas mencari mad'u baru, kan?? hmm.. x lama lagi mungkin ramai jeh antara kita akan pulang ke tanah air bertemu keluarga tercinta, bukan?? tapi..tapi..tapi dalam kegembiraan kita bertemu keluarga serta makan makanan yg enak² lagi lazat, kesihatan kita jgn diabaikan ye..kat sini nk share satu artikel menarik tentang SERANGAN SAKIT JANTUNG!!! harapnye semua dapat baca smpai habis ye...

Assalamualaikum,

Pesanan tulus ikhlas dari hati sebagai preparation summer di 
Malaysia nanti. Jgn minum air ais! 

EFFECTS OF COLD WATER 
Serangan Jantung dan Amalan Minum Air Panas ....
Artikel ini berguna untuk semua. Bukan sahaja amalan meminum air panas selepas makan, tetapi berhubung SERANGAN JANTUNG!!!!.Kita tidak akan kehilangan apa-apa... malah akan mendapat faedah dari amalan ini.

Kepada sesiapa yang suka minum AIS, artikel ini sesuai untuk anda baca. Sememangnya sedap minum air berAIS selepas makan. Walaubagaimanapun, AIS akan membekukan makanan berminyak yang baru kita makan. Ia akan memperlahankan penghadaman kita.

Bila lemak-lemak ini terbentuk di dalam usus, ia akan menyempitkan banyak saluran dan lama kelamaan ia akan menyebabkan lemak berkumpul dan kita semakin gemuk dan menuju ke arah mendapat pelbagai PENYAKIT.

Jalan terbaik...adalah untuk minum sup panas atau air PANAS/suam selepas makan. :Nota penting tentang SERANGAN JANTUNG!!! Anda patut tahu bahawa bukan semua
tanda-tanda serangan jantung akan mula terasa pada tangan sebelah kiri. Berhati-hati juga pada permulaan sakit sedikit-sedikit pada bahagian atas dada anda.

Anda mungkin tidak akan mengalami sakit dada pada serangan pertama serangan jantung. Keletihan dan berpeluh adalah tanda-tanda biasa. Malah 60% penghidap SAKIT JANTUNG tidak bangun selepas tidur. Marilah kita berwaspada dan berhati-hati. Lebih banyak kita tahu, lebih cerah peluang kita untuk terus hidup...




jadi bolehlah kita amalkan pengurangan minum ais di malaysia nanti walaupun cuaca kt malaysia lebih panas berbanding France dan kalau boleh amalkan pengambilan air sekurang-kurangnya 8-10 gelas sehari kerana hampir 60% badan kita terdiri daripada air..insyaAllah,walaupun video ni agak pnjng, nk share juga dgn para dai'e semua berkaitan minum air supaya kita boleh sentiasa berada dalam keadaan sihat dan cergas dalam melaksanakan tugas² KITA yg semakin hari semakin mencabar ini..WA

A pinch of spice to your life


Masakan kita kaya dengan rempah ratus kan? Bagus sebenarnya rempah ratus ni, salah satunya kulit kayu manis.Kita guna untuk masak sup, kurma, kari, beriani, bukhari, nasi ayam, nasi minyak, dan semua jenis lauk dan nasi banyak sangat guna. Apa pula kebaikan nya, takkan nenek moyang kita letak tu just sebagai penambah rasa dan menaikkan bau je?


Sebenarnya ada banyak kebaikan utk kesihatan kita, quoting from wikipedia :

..cure for colds, treat diarrhea and other problems of the digestive system. Cinnamon is high in antioxidant activity. The essential oil of cinnamon also has antimicrobial properties. Cinnamon has traditionally been used to treat toothache and fight bad breath and its regular use is believed to stave off common cold and aid digestion. It can also aid in the preservation of certain foods.

As an extra, just nak share satu resipi dessert : quick, simple, healthy and yummy-licious

1. Un pot de yaourt nature -> plain yoghurt

2. Une cuillère de sucre -> a spoon of sugar or honey would be even better

3. Un peu de cannelle en poudre -> cinnamon powder ..letak secukup rasa.

Go slowly with the cinnamon. Letak sikit², then kacau, sampai la dapat the perfect taste selon votre gout. Tengok gambar bawah ni mesti terliur.



P/s: Actually it was just recently that i had this dessert. At first, sceptical for the taste, but a spoon of it --> simply delicious..

Tempted tak utk try?

Bad brain damaging habits

Salam wbt,

Bersarang-sarang dah kat sini. Asiff jiddan. Mari berkongsi  sesuatu fakta berguna untuk kesihatan otak kita..



1. No Breakfast
People who do not take breakfast are going to have a lower blood sugar level. This leads to an insufficient supply of nutrients to the brain causing brain degeneration.

2 . Overeating
It causes hardening of the brain arteries, leading to a decrease in mental power.

3. Smoking
It causes multiple brain shrinkage and may lead to Alzheimer disease.

4. High Sugar consumption
Too much sugar will interrupt the absorption of proteins and nutrients causing malnutrition and may interfere with brain development.
-> jangan makan banyak sangat tiramisu >_<

5. Air Pollution
The brain is the largest oxygen consumer in our 20 body. Inhaling polluted air decreases the supply of oxygen to the brain, bringing about a decrease in brain efficiency.

6 . Sleep Deprivation
Sleep allows our brain to rest.. Long term deprivation from sleep will accelerate the death of brain cells..

7. Head covered while sleeping
Sleeping with the head covered increases the concentration of carbon dioxide and decrease concentration of oxygen that may lead to brain damaging effects.

8. Working your brain during illness
Working hard or studying with sickness may lead to a decrease in effectiveness of the brain as well as damage the brain.

9. Lacking in stimulating thoughts
Thinking is the best way to train our brain, lacking in brain stimulation thoughts may cause brain shrinkage.
->Mari pikirin umat!! banyak kerja demi Islam di luar sana..be creative!!

10. Talking Rarely
Intellectual conversations will promote the efficiency of the brain
->  cakap banyak tapi benda yang tidak membawa manfaat@lagha tak akan meningkatkan iman mahupun intelektual

Daie yang cerdas ialah daie yang sentiasa mengingat mati dan berfikir apa yang telah dilakukan nya setiap hari untuk hari akhirat dan bagaimana to make today better than yesterday.

susu!

salam w.b.t...

apa khabar semua?? harap Allah sentiasa memberikan kesihatan yang baik kepada para dai'e semua...hari ini just nak kongsi sikit info berkaitan kesihatan diri..ye lah..blog pon nama qawiyul jismi kan??..ehehehe sebelum tuh nak tanya satu hari, berapa kali kita minum susu??

mungkin ada antara kita x berapa suka minum susu..kebiasaan orang di Malaysia jarang minum susu..maksud saya, susu macam dutch lady semua tuh..tapi kalau minum kopi SUSU, teh SUSU, biasa jeh..ehehe..

rasanya semua pon tahu jeh kelebihan susu kan?? contohnya, susu boleh mengurangkan wanita terkena osteoporosis..(macam tema iklan anlene plak..ehehe)



kalau kat France ni, mungkin kita banyak jeh minum susu..kebanyakan susu yang dijual di pasaran tuh telah di tambah dengan vitamin D..apa pulak fungsi vitamin D ek??

                                                                                                                            (wikipedia)

ada juga di kalangan manusia yang boleh dikategorikan sebagai ''tidak tahan laktosa''...antara simptom orang yang boleh dikategorikan dalam kategori ni ialah :-

1) kekejangan
2) kembung air
3) perut berangin
4) cirit-birit

tapi bagi sesiapa yang agak susah nak terima cik SUSU, mungkin kita boleh cuba minum susu yang berperisa seperti susu coklat, susu strawberi, dan macam-macam lagi....tapi kalau susah juga nak terima cik SUSU, kita boleh jeh minum susu soya..susu juga kan?? =p tapi kan kalau susah juga nak terima cik SUSU, cuba tengok gambar ni..sedap kan??



Rasulullah s.a.w meminum susu,malahan baginda memujinya kerana susu memiliki manfaat yang sangat besar dan tidak dapat disamakan dengan minuman atau makanan lainnya.

Dari Ibnu Abbas r.a,dia menceritakan:

"bersama Rasulullah s.a.w,aku dan Khalid bin Walid menemui Maimunah,lalu dia(Maimunah) membawakan kami satu benjana berisi susu,lalu baginda meminum sebahagian darinya.Pada waktu itu,aku berada di sebelah kanan baginda,sedangkan Khalid berada di sebelah kirinya.kemudian baginda berucap kepadaku,
'selanjutnya minuman ini gilirinmu,jika engkau berkenan,berikan kepada Khalid.
Kemudian baginda bersabda,
'Tidak ada makanan dan minuman yang menandingi susu."


(Hadist riwayat Ibnu Majah)

best kan? even Rasulullah menyatakan tiada makanan dan minuman yang menandingi susu...=p nak kongsi sikit lagi..bagi sesiapa yang belum pernah cuba resepi yang pernah ditulis dalam post madu sebelum ni, silah cuba..bagi sesiapa yang x ingat, resepi susu campur madu..sangat sedap lagi berkhasiat!! =p ok, saya tujukan pula lagu kat bawah ni untuk para dai'e semua..selamat minum susu!!

Mujahadah li nafsih


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani


Nak berkongsi sesuatu yang sangat menarik dari sebuah buku Rintangan Pejuangan dalam Kehidupan Pendakwah dari Fathi Yakan.

Salah satu rintangan yang kerap dihadapi seorang muslim lebih-lebih lagi para da'ie ialah:

NAFSU YANG SENTIASA BERTARUNG DENGANNYA


Dalam  Al Quran sendiri ada menceritakan betapa nafsu adalah sesuatu dorongan yang mengajak kepada kepada keburukan dan ia bukan la mudah untuk dilawan.

"Aku tidak membebaskan diriku ( dari beban dosa) kerana nafsu sering menyuruh yang buruk, kecuali orang yang dirahmati oleh Tuhanku. Sesunguhnya Tuhanku Maha Pengampun Maha Penyayang."
(surah Yusuf : 51)

Jadinya bagaimana nak membebaskan diri dari nafsu ni?

MUJAHADAH LI NAFSIH -->  Mujahadah melawan nafsu

Ada satu pesanan yang sangat nak kita semua aplikasikan dari Yahya b Mu'az iaitu :

" Berjihadlah melawan nafsu dengan RIADAH"

So apa tu riadah? bersukan ke macam yang kita faham selalu tu?

Latihan riadah yang dimaksudkan tu ada empat:

1. Sedikit makan


2. Sedikit tidur


3. Bercakap sekadar perlu


4. Sabar menanggung gangguan orang lain.

Sekarang ni  macam mana dari empat riadah ni dapat mematikan nafsu kita?


1. Dengan kurang makan matilah keserakahan syahwat.
 Rasulullah pun berpesan nak menundukkan nafsu syahwat ialah dengan berpuasa. siapa yang berkeinginan untuk kahwin tapi tak mampu, Rasulullah suruh puasa kan..

2. Dengan kurang tidur kemahuan menjadi bersih jernih.
Kan bila kita tidur berlebihan kita akan jadi malas. Homework tak siap, study pun tak, badan pun jadi lemau je dan teruk lagi sampai nak solat pun malas. oh!! itu kita melayan kemahuan² kita lah tu..konon nya  menunaikan hak badan. alasanossss!!


3. Bila kita kurang bercakap, badan akan selamat. 
Macam pelik, tapi cuba kita fikir sejenak. Kerana mulut badan binasa. kalau kita bercakap sampai menimbulkan ketegangan, orang pun benci kita..kita pun tak tenteram. asyik bengang je! stress! kan hidup kita da tak sejahtera

4. Dan sabar menanggung gangguan memungkinkan sampai kepada matlamat yang dituju.
Sabar. satu perkataan yang simple je tapi paling susah untuk buat. Tapi, itulah kunci kejayaan. dengan sabar semua benda selesai. orang buat apa pun kita sabar je. senyum je. kalau rasa marah dengan seseorang pun daripada kita  nak marah², emo, baik kita sabar. kalau kita marah pun nanti kita jugak yang panas balik kan. Sabar dalam islam memang no limit. borderless..bukannya "eh sabar-sabar jugak. tapi kesabaran pun ada tahapnya. ni dah tak tahan ni. dah lama sangat bersabar ni.." huhu. gedebush simbah air kejap.


Sekarang ni dah tahu kan empat² aktiviti riadah mujadah li nafsih . Apa tunggu lagi? takkan baca je??

Allez!!!

Bermujahadahlah!!!!





Tahukah anda? PART 1

Salam perjuangan kepada para mujahid sekalian =)
Ape khabar semua? Semua markah exam ok? 
Alhamdulillah bagi yg ok.. bagi yg dapat rendah tu, jangan sekali² down, kerana seorang dai"e sentiasa bersangka baik kepada ketentuan Allah swt.. betul tak? 
memandangkan penulis² blog qawiyul jismi ni kebanyakan sibuk, izinkan ana utk memenuhi ruang kali ini.. 
kali ni, nak menyentuh berkaitan penghadaman makanan... 
Tahukah anda, yang penghadaman makanan tidak bermula di perut? 

Sebenarnya, sebagaian besar daripada penghadaman makanan berlaku dalam peringkat pertama di mulut...
Saliva di mulut mengandungi enzim yg sangat penting utk men"digest"kan makanan...
antara termasuk la "alpha amylase"... yg bertanggungjawab untuk memecahkan kandungan kanji kepada molekul yg kecil dimana sel² dalam badan guna utk tenaga... 
apabila makanan ini tidak dikunyah dengan baik, enzim ini tidak berpeluang untuk bertindak ke atas kandungan kanji ini, menyebabkan sel² dalam badan tak dapat menerima tenaga yg sepenuhnya drpd makanan tersebut...


Konklusinya, kunyahlah makanan antum dengan baik.. seelok eloknya 30 kali sebelum telan supaya penghadaman makanan berlaku dengan baik 

snek!

salam w.b.t..

apa khabar semua? mesti ramai tengah sibuk dengan exams yang datang bertimbun-timbun kan? ke tak? xpe²..ada exam ke xde ke, kesihatan still kena maintain kan? ada sesetengah antara kita suka jeh nak makan snek kalau dah lama sangat belajar kan? boleh jeh kita nak ambil snek² tu semua..tapi apa jenis snek yang kita makan?...bila tengok video² kat youtube tadi, banyak je jenis snek yang sihat...contohnya buah-buahan segar, buah-buahan kering, sayur-sayuran seperti karot dan macam-macam lagi....saya nak suggest beberapa jenis buah-buahan yang sedap dibuat snek..
1) buah prun
2) buah zaitun (kebanyakan orang x suka makan buah ni)
3) buah tin
dan baaaaaaanyak lagi....
banyak kelebihan yang kita dapat kalau ambil snek yang sihat macam ni..bukan sahaja rasa yang lagi sedap tapi dapat juga jaga kesihatan kita kan?? kan?? kalau nak tahu kelebihan certain buah-buahan atau sayur-sayuran, boleh tengok video kat bawah ni..

Sabda Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam:
Makanlah kamu semua dan makan darinya (Buah Tiin), sabda Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam lagi. “Sekiranya aku katakan sesungguhnya buah yang turun dari syurga maka aku kata ‘Inilah buahnya’. Ini kerana buah syurga tiada keraguan. Sesungguhnya ia boleh menyembuhkan penyakit buasir dan mendatangkan manfaat bagi sendi-sendi.”



proud to be a bee


Salam alaykum wbt,


Dari dulu nak share pasal ni tapi tak terzahir di sini. InsyaAllah kali nak share satu makanan/minuman kesukaan Rasulullah saw..ye Madu..


"Dan Tuhanmu mewahyukan kepada lebah "Buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di pohon-pohon kayu dan di tempat yang dibuat manusia."Kemudian makanlah dari tiap-tiap (macam) buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan (bagimu). Dari perut lebah itu keluar minuman (MADU) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Tuhan) bagi orang-orang yang memikirkannya.

(Surah an-Nahl: ayat 68 - 69) 

Sangat jelas dalam al Quran Allah berfirman madu sebagai as syifa' penawar bagi penyakit.  Jadi bila kita sakit, makan lah madu.  Tapi sakit apa? semua penyakit.tak percaya? cubala dulu..InsyaAllah dengan izin Allah sembuh. 

Hadith berkaitan madu juga banyak antaranya; 



Dari Abu hurairah r.a Rasulullah saw bersabda:

"Barangsiapa yang menjilat MADU 3 kali dalam sebulan di waktu pagi dia tidak akan diserangi penyakit yang serius."
(Sunan Ibni Majah) 



Madu boleh dimakan begitu saja, boleh dibuat minuman, dalam masakan. Baik untuk sembuhkan luka juga. Bagi yang baru lepas operation minum madu ye..




Seorang ukhti ada berkata kepada saya, untuk sakit tekak dan batuk², baik letak madu + air suam + lemon..sedap juga dan mujarab insyaAllah..
sebelum ni yang saya sendiri selalu amalkan minum madu dengan susu. pun lazat juga..

Nak share satu pengalaman, ada this one time, one of my close family pitam pucat cause of dehydrated and tak makan. time tu memang dia dah lemah longlai dan saya yang berada kat situ Allah memberi ilham untuk bagi makan madu. (ni first time berhadapan kes camni, semorang panik time tu, cuba bagi minum air, kipas²,try bagi makan kurma yang hancur,tapi takde effect,  sebab tu kata ilham sebab tatau pun memberi kesan atau tidak dengan bagi madu, tawakaltu 'alAllah je)
Dan bila bagi makan sikit je pun madu tu, time tu rasa subahanallah amazing sangat effect madu tu, daripada half unconscious dan muka pucat takde darah, muka berubah kembali berdarah, dan  sedar. Madu tadi dengan izin dan kuasa Allah telah mengembalikan tenaga dengan sangat pantas. Mungkin kadar glukosa tinggi dan mudah hadam jadi dapat diserap terus ke dalam sistem badan. (ni fakta sendiri, nanti kena cek balik)

Teringat juga pernah tengok satu dokumentari di tv di France tentang perubatan, doktor semakin ramai menganjurkan memakan madu sebagai salah satu cara perubatan. medecine alternative naturelle  kata mereka.

Jadinya, mari kita makan madu!!! at least 3 kali sebulan..banyak sangat khasiat dia..


Lepas ni boleh jadikan minuman kegemaran : air madu..^_^


Feeling tired and sluggish? Boost urself by drinking water (:

Assalamualaikum wbt
Ikhwah wa Akhwat,
For today's post, I'll start with a simple question.. hehe 
"What do you, the trees, and a hamster have in common?....."
Give up yet? =p


Answer: You all need water.



Without water, your body would stop working properly. Water makes up more than half of your body weight and a person can't survive for more than a few days without it.
Why? Your body has lots of important jobs and it needs water to do many of them. For instance, your blood, which contains a lot of water, carries oxygen to all the cells of your body. Without oxygen, those tiny cells would die and your body would stop working.
In addition to being an important part of the fluids in your body, each cell depends on water to function normally.
This one point cannot be emphasized enough - if you wait until you are thirsty, you are already dehydrated and this is affecting your cells.
Therefore, it's imperative that we drink lots of water, each day...



Next time you are feeling a lil bit tired, or a bit sluggish... 
why not try a glass of water for that power boost =)

Sejuk datang lagi...

Assalamualaikum w.b.t..

Grrr..sejuknya...alhamdulillah sekali Allah menunjukkan kekuasaan-Nya dengan menurunkan salji di kebanyakan kawasan di France..
kalau nak diikutkan musim sejuk belum pun bermula di France memandangkan tarikh official bermulanya musim sejuk di France adalah pada 21.12.2009..tapi itu semua hanya ramalan belaka..kuasa Allah..
hadiah sempena tahun  baru yang diberikan kepada hamba²-Nya ..


sejuk, sejuk juga..kesihatan kita kena maintain jugak ye..cuaca di France telah mula sejuk..dan biasalah..musim² sejuk ni mesti ramai jeh yang akan demam, selesema atau sebagainya..
jadi, nk ingatkan kat sini, kita kenalah jaga pemakanan kita..kalau keluar dari rumah untuk ke kelas tu, pakailah pakaian yang sepatutnya..insyaALLAH..kalau kita cegah awal², mesti penyakit pun dapat kita elakkan...tapi kalau Allah beri juga ujian kesakitan kepada kita, cepat² la makan ubat ye..x nak la melarat..nanti banyak lagi kerja² kita yang tertangguh kan?..
sebagai seorang da'ie, kita kena utamakan juga kesihatan diri kan..barulah dapat bekerja dengan lebih muntij..=)
kat sini ada satu video yang mungkin boleh mengingatkan kita untuk memakai pakaian sejuk yang sepatutnya sebelum keluar dari rumah terutamanya pada musim sejuk ini...

Rasulullah ada menyebut dalam satu hadis baginda yang bermaksud...

“Permintaan yang paling disukai Allah daripada hamba-Nya ialah meminta dianugerahkan kesihatan yang sempurna.”



Mission No More Perut Boroi

Salam 'alaikum ikhwah akhawati,

Hari tu, eh minggu² sudah, ada reader yang menceritakan masalah perut boroi..

Ana nak share arini satu video khas untuk tatapan kita semua bersama. Lepas tengok, bagi komen ye apa pendapat antum antunna..

Enjoice!



P/s: Hadith untuk hari ini:

Daripada Anas r.a. pula, katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda,

"Sesungguhnya Allah itu nescayalah redha pada seseorang hambaNya, jikalau ia makan sesuatu makanan lalu memuji kepada Allah kerana adanya makanan itu, atau minum suatu minuman lalu memuji padanya kerana adanya minuman itu."

(Riwayat Muslim)

sakit?

salam w.b.t

ada yang tengah sakit² ke? demam ke? batuk ke? tadi masa tengah tengok² video kat youtube, jumpa video ni..mungkin ada kaitan dengan pelajar² khususnya di France..kebanyakan pelajar² kt France ni kurang gemar ke klinik atau hospital kalau sakit..alasan mereka kerana leceh nak buat appointment dan sebagainya..tapi kenapa kena pergi klinik atau hospital? kalau kita jaga pemakanan..selalu melakukan senaman seperti mana yang telah disarankan dalam post² sebelum ini, tentu kita tidak perlu pergi ke klinik dan hospital kan? tapi itu semua dugaan ALLAH..sakit tu sebenarnya satu nikmat..sakit boleh membantu kita menghapuskan dosa² kecil..

Hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhu bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda yang bermaksud:

“Seorang muslim itu tidak ditimpa sesesuatu dari keletihan, penyakit, masalah (kebingungan), kesedihan (kerana kehilangan sesuatu), kesengsaraan dan duka cita sehinggakan (kepada) duri yang menusuknya (menyakitinya), kecuali Allah menghapuskan (mengampunkan) dengan semua itu daripada dosa-dosanya.”

(Hadis riwayat al-Bukhari)


jadi bersyukurlah kalau kita sakit..tapi kan..hmm banyak la pulak tapi..xpe2..sebagai pelajar di France ni kita kena sangatlah bersyukur kerana kita diletakkan di sebuah negara yang sangat mementingkan kesihatan rakyatnya..bayangkan, kita boleh mendapat rawatan yang hampir percuma di klinik² atau di hospital² di France..jadi kalau kita tiba² sakit, cepat²lah ke klinik atau hospital berdekatan ye supaya kita dapat meneruskan tanggungjawab kita dengan lebih efisyen dan cergas!!..insyaAllah, dengan izin Allah, semua akan kembali pulih..jom tengok video kat bawah ni..



p/s : kepada sesiapa yang sedang sakit di luar sana, anda disarankan untuk segera ke klinik atau hospital berdekatan..tapi bagi sesiapa yang memang x sempat sangat pergi ke klinik mahupun hospital mungkin sebab masalah masa, satu perkara yg boleh saya sarankn, jaga pemakanan!! makan banyak buah-buahan dan sayur-sayuran..dengan izin ALLAH..

“Tiadalah seseorang mukmin yang tertusuk duri atau lebih dari itu melainkan Allah mengangkat satu darjat (dengan tertusuk duri itu) atau menghapuskan daripadanya satu kesalahan.”

(Hadis riwayat Muslim)


tips lagi!!

salam w.b.t..

macam mana keadaan jasadi semua? Harap semuanya berada dalam keadaan tip-top!! Hari ni nak share video yang dapat membantu kita dalam meningkatkan mutu kesihatan kita..Tapi sebelum tu nak tanya..semua dapat tidur yang berpatutan x? bukan apa tanya ni..ye lah..sekarang ni kan musim exam..mesti ramai jeh yang belajar sampai lupa tanggungjawab terhadap diri sendiri..jangan tidur lewat² ye..sebagai seorang da'ie kita kena perlu melaksanakan tanggungjawab terhadap diri sendiri jugak supaya sentiasa sihat, cergas dan cerdas..dah macam moto jabatan kesihatan pulak..tidur yang berpatutan bukanlah bermaksud berlebihan atau terlalu kurang..tidurlah mengikut seperti yang disarankan untuk golongan dewasa iaitu sebanyak 8 jam sehari dan kita tidak perlu menjadi seperti bayi² comel yang memerlukan tidur lebih kurang 11-16 jam sehari..

kalau nak tidur yang lagi best, kita bangun buat qiamulail..insyaALLAH..kita akan rasa nikmat tidur, walaupun sekejap..
ok2!! kita tengok video kat bawah ni..

Do it the fun way..

Assalamualaikum wbt,

Kaifa halukum? Bi khoir?

Harap semua kekal sihat dan dalam lindungan Allah. InsyaAllah.

Macam mana dengan idea 30 days toward a healthier dai'e? dah cuba aplikasi?dah cuba berjalan sekurang² nya 30 minit sehari. senang je tu jalan kaki 15 min pagi sebelum ke kelas 15 minit time balik kelas. betul tak?

Jom cuba satu lagi cara, iaitu kita sama² ban naik lif. walaupun ada lif kat appartment kita tu, kita cuba naik tangga tiap hari. walaupun 5 tingkat sekali pun. hehe. naik tangga everytime kat sekolah, kat tempat kerja,  ke library, di train station, di supermarchĂ©, di mana² sahaja tempat yang dilalui yang ada tangga.

InsyaAllah lepas ni kaki² kita semua mesti muscled, kuat, takde dah lemak² yang tak perlu tu, dan dan dan dapat menguatkan stamina serta membantu pernafasan..tak yah nak ke gym naik steppers..

Jom kita tengok video ni. menarik untuk encourage kita naik tangga. tak caya? watch this first.



Menarik kan? nampak sangat kita ni boleh je, cuma kena ada something untuk booster kita. So next time maybe kita bleh naik tangga sambil berzikir. Subahanallah. Alhamdulillah. Allahu Akbar. Dapat double bonus. Ye dak?
  

Jadi, antum antunna berani sahut cabaran ni?



"One small step for a man, one giant leap for mankind"  
Neil Armstrong

Seimbangkan Semua

Satu info yang dirasakan memberi manfaat untuk semua :-



PEMBERSIHAN:- Mengeluarkan segala toksin bahaya untuk menjadikan tubuh sentiasa bersih dan sihat selalu.

PENGIMBANGAN:- Memastikan zat makanan yang seimbang dan mencukupi untuk tubuh badan.


PENGAKTIFAN
:- Memastikan zat makanan yang seimbang bagi membolehkan sel-sel tubuh menjadi normal.


PERTAHANAN
:- Proses penggalakan dan pembersihan diulangi selama 6 bulan akan menjadikan tubuh kita sihat dan kuat.



6 Faktor utama yang mempengaruhi kesihatan :-
1)UDARA
2)AIR
3)MAKANAN & MINUMAN
4)TIDUR
5)SENAMAN
6)EMOSI


semoga kita sentiasa dianugerahkan kesihatan yang baik..

p/s:- Kesihatan yang baik adalah nikmat paling berharga dari Allah untuk hamba-Nya dalam melaksanakan tanggungjawab kepada-Nya..

30 days from becoming a healthier daie with this simple 2 step-strategy =)



Cuba 2 langkah selama tiga puluh hari, ana pasti anta akan merasakan perbezaannya =)

ps: jgn lupa, daie yg sihat ialah daie yg menghasilkan kerja² dakwah yg muntij! =p

Ahlan Wasahlan



bismillah Pictures, Images and Photos
  • Fuh fuh letih, semput..baru naik 4 tingkat dah kepenatan ni..macam mana kalau nak pergi berjihad ni.takde stamina langsung..Huhu

  • Eh kenapa lah mengantuk sangat kelas ni. Rasa nak tidur je cikgu ni ajar. Tak cukup tidur ke ? tak jugak semalam dah tidur 6 jam dah tapi kenapa tak dapat fokus ? Huhu
sleepy and tired Pictures, Images and Photos
  • Eh sejuk nya rasa macam nak demam je. Macam mana nak survive winter ni ? Batuk selsema dah sebati dah dalam jiwa dah ni. Huhu..

  • Teringinnya nak makan benda manis!!! sweet tooth dah menyerang ni.. tak kira nak jugak nak jugak!!pekena tiramisu mesti best nih!!

  • Eh, weekend ni jom kita main game apa² dah lama peluh tak keluar ni. Boleh kuatkan badan sambil kuatkan ukhuwah. Jom main bola lah...Ha bola lagi ke? Kaki bangku la!!
weird sasuke dancing Pictures, Images and Photos
…………………………………………..

Kita da’ie perlu ada kekuatan mental dan fizikal. Di sinilah kita akan sama-sama berkongsi idea , useful tips n infos, reminder, dan macam² lagi demi melahirkan mujahid² yang sihat lagi perkasa.






To start, kat sini kami listkan ciri-ciri yang kita cuba nak bina. Matlamat kita tentulah untuk membina individu-individu muslim yang sihat tubuh badan nya. 



Qawiyul Jismi – tubuh badan yang kuat


  Kick Start Level 

1.  Bersih badan
2.  Bersih pakaian
3.  Bersih tempat tinggal
4.  Komitmen adab makan dan minum sesuai dgn sunnah
5.  Tidak berjaga malam berlebihan
6.  Komitmen dengan senaman 2 jam seminggu
7.  Bangun sebelum fajar
8.  Mematuhi kaedah membaca dari aspek kesihatan
9.  Meninggalkan tabiat merokok
10.Menghindari tempat-tempat kotor
11.Menghindari tempat-tempat berpenyakit


                           
Dah capai semua belum? Kalau belum jom kita berusaha untuk penuhi semua ciri-ciri permulaan. Ni ciri-ciri yang paling minimum kita kena capai. Kalau semua dah dicapai , boleh pulak berusaha to move forward to next level.  

 First Upper Level 


1. Patuhi nasihat kesihatan dalam makan dan minum
2. Membasuh peralatan makan dan minum
3. Jauhi makanan yang diawet dan utamakan minuman yang sihat
4. Mengatur jadual makan
5. Mampu menyediakan makanan (masak)
6. Kurangkan pengambilan lemak
7. Tidak keterlaluan dalam pengambilan garam
8. Tidak keterlaluan dalam pengambilan gula
9. Memilih syarikat pengeluar makanan
10. Patuhi nasihat kesihatan dalam masalah tidur dan jaga
11. Tidur 6-7 jam sehari dan bangun sebelum fajar
12. Bersenam 10-15 minit sehari
13. Berjalan kaki 2-3 jam sebulan
14. Merawat diri jika sakit




Kalau dah complete semua. Alhamdulillah. Tahniah kerana berjaya menepati ciri-ciri Mujahid yang Qawiy jismi nya. =) Kalau belum , kenalah kita bermujahadah lagi. ^_^
Dan kami ada bersama-sama untuk membantu.. You are not alone ... 


Nikmat kesihatan..Bersyukurlah dengan kurniaan-Nya
 
Copyright 2009 QAWIYUL JISMI All rights reserved.
Blogger Templates created by Deluxe Templates
Wordpress Theme by EZwpthemes